Selasa

Takut Keciciran Dan Peluang Pendapatan Besar

Takut Keciciran Dan Peluang Pendapatan Besar

oleh Zamri Nanyan

Salah satu taktik pemasaran yang dilakukan oleh usahawan internet ialah dengan memberikan gambaran kepada bakal pembeli bahawa produk mereka adalah terhad.

Sebagai contoh, ebook Pengurusan Kewangan dilancarkan pada awal bulan Mei. Pada awal pelancaran, penerbit ebook ini bercadang untuk melancarkan produk dan meneruskan jualan sehingga pada bulan Jun.

Malangnya disebabkan masalah tertentu, ebook ini terpaksa dihentikan jualan pada 31 Mei.

Jadi, sesiapa yang ingin membeli ebook ini perlu melakukan tindakan pantas sekiranya mereka tidak ingin lepaskan peluang untuk membeli.

Taktik ini amat efektif.

Bagaimana saya tahu?

Saya lihat hasil jualan ebook ini naik mendadak dan komisyen affiliate yang saya hasilkan mencecah RM1,000 hanya dengan satu email yang saya hantar kepada mailing list saya.

Jika taktik ini tidak diaplikasikan dan penerbit ebook ini menghentikan jualan secara mendadak disebabkan masalah yang dihadapi, saya pasti beliau tidak akan dapat menghasilkan jualan yang telah dicapai sekarang.

Jadi, anda dapat lihat di sini bahawa emosi memainkan peranan yang penting bagi pembeli untuk membuat keputusan.

Sekiranya mereka berminat untuk mendapatkan sesuatu produk, bakal pembeli ini mungkin akan menangguhkan sebentar hasrat mereka untuk membeli dan pergi ke laman web lain dahulu sebelum datang kembali untuk membuat keputusan samaada mereka akan membeli atau tidak.

Ini adalah tabiat manusia yang suka bertangguh.

Bukannya mereka tidak berminat dengan produk yang ditawarkan tetapi mereka akan mengambil masa untuk melakukannya.

Akhir sekali, ada kebarangkalian yang mereka akan lupa untuk datang semula dan membuat pembelian.

Oleh itu, sekiranya anda ingin menghapuskan isu “penangguhan pembelian” ini, masukkan elemen “takut keciciran” di dalam pemasaran anda.

Hadkan kuantiti jualan produk.

Hadkan masa jualan produk.

Hadkan harga diskaun produk.

dan sebagainya.

Selepas itu tekankan bahawa pembeli terpaksa buat keputusan segera untuk membeli produk anda.

Jika tidak, mereka akan kehilangan sesuatu yang mereka inginkan.

Cuma satu sahaja nasihat yang ingin saya berikan.

Sekiranya anda menawarkan elemen “takut keciciran” ini di dalam pemasaran anda, pastikan anda benar-benar melakukannya.

Pembeli anda juga bijak.

Dan mereka tidak mahu rasa ditipu sekiranya anda tidak menghormati janji anda yang mengatakan jualan produk anda adalah dihadkan.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

0 ulasan: